Etimologi, umumnya difahami sebagai bidang ilmu yang meneliti aspek sejarah atau asal usul dan perkembangan perkataan dalam sesuatu bahasa. Bidang merupakan satu bidang yang masih kurang mendapat perhatian para pengkaji dan penulis di negara ini. Bidang ini sangat penting, terutamanya dalam konteks perkembangan bahasa yang amat pesat pada masa ini. Dalam dunia perkamusan,etimologi ialah salah satu aspek yang utama. Oleh itu, buku Etimologi Bahasa Melayu tulisan S. Nathesan ini ditulis untuk memperkenalkan bidang etimologi kepada pembaca, khususnya mengenai beberapa aspek etimologi tertentu dalam bahasa Melayu. Dalam buku ini, penulis telah menghuraikan takrif dan kepentingan bidang etimologi. Beliau juga telah menumpukan perhatian kepada aspek kemasukan perkataan-perkataan bahasa lain ke dalam bahasa Melayu,antaranya bahasa-bahasa Asia (China, Hindi, Sanskrit dan Tamil, bahasa Arab dan Parsi serta bahasa-bahasa Eropah).Maklumat tersebut perlu diketahui oleh warganegara Malay...